Categories
BERITA UTAMA

#AduanRakyatJohor – BUANG SAMPAH DI KUKUP LAUT

#AduanRakyatJohor – BUANG SAMPAH DI KUKUP LAUT

KUKUP LAUT – Pembuangan sampah di kawasan pelancongan Kukup Laut mencemari pemandangan setiap rakyat yang melihatnya. Pemandangan tercemar ini bukan tertumpu kepada rakyat Kukup Laut dan Malaysia sahaja, pelancong warga asing dan tempatan juga melihat pencemaran tersebut dan reaksi mereka memberi Malaysia malu dan mereka boleh menyebarluaskan pencemaran ini kepada rakyat negara lain.

Penjagaan kebersihan adalah tanggungjawab semua pihak, bukan tanggungjawab pihak kerajaan Johor dan Malaysia.

Kebersihan adalah penampilan diri kita yang akan menghadap pencipta kita.

Kita perlu membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang telah disediakan. Jangan membuang sampah merata-rata ikut kata hati.

Bagaimanakah kita menjagai kebersihan rumah kita? Ada sesiapa yang akan membuang sampah seperti di Kukup Laut ini di rumah mereka?

Kenapakah kita membuang sampah seperti kita tiada otak?

Pembaca pasti tahu, pembuang sampah tidak berotak tiada apa-apa bebanan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka terlepas hukuman di dunia sementara ini. Ingatlah bahawa kesemua perbuatan dan percakapan kita akan disoal di Padang Mahsyar nanti yang tiada peguam pembela dan pendakwa, hanya Allah swt akan mengadili untuk habuan atau hukuman.

Jangan diajar kepada anak cucu kita betapa buruknya sikap kita tidak menjaga kebersihan. Mereka akan menyambung sikap buruk kita dan akan mengajar anak cucu mereka pula.

Disiplinkan diri dengan MENJAGAI KEBERSIHAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *